Saturday, August 29, 2015

Penguasaan Dua Ayat

Penguasaan Dua Ayat bermaksud, menguasai ayat-ayat Al Quran dan memahami ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta ini.

Ayat dalam Bahasa Arab mempunyai dua maksud iaitu, ayat bermaksud verses of  Al Quran dan kedua bermaksud sign atau bukti / tanda. Dipetik dari A Dictionary of Modern Written Arabic oleh Hans Wehr.

Al Quran menerangkan perkara ini dalam Surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud, " Akan Kami tunjukkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk(penjara alam) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Al Quran itu benar."

Imam Ibnu Kathir menerangkan "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menujukkan bahawa Al Quran ini benar."

Kenyataan dari Syeikh Said Hawa dalam kitab Al-Asas fit Tafsir berhubung dengan ayat tersebut ialah, "Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan Al Quran. Apabila yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam Al Quran, mereka akan menyakini bahawa Al Quran sebenarnya datang daripada Allah."

Penguasaan ayat Al Quran adalah penting bagi manusia mencapai kecermalangan di dunia dan akhirat.  Ini kerana Al Quran merupakan petunjuk dari Allah dan dapat kita kiaskan seperti peta kebenaran yang mana tanpa peta itu, manusia pasti sesat.

Allah menjelaskan dalam Surah An Nahl ayat 89 yang bermaksud: "Kami tunjukkan kepada kamu sebuah Kitab yang menjelaskan setiap perkara, ia juga merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim."

Penguasaan Al Quran bermula dengan langkah-langkah berikut:

1) Mempertingkatkan kemampuan membaca Al Quran dengan baik

Allah menjelaskan di dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada kamu daripada Al-Kitab (Al Quran)."

2) Berusaha untuk memahami Al Quran dengan cara yang betul

Hal ini diperintahkan dalam Surah An-Nisa' ayat 82 yang bermaksud:
"Apakah mereka tidak tadabur Al Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya."

Imam Ibnu Kathir menerangkan di dalam Tafsir Al Quran Al Azim: "Allah mengarahkan mereka supaya mengamati isi-isi Al Quran dan melarang mereka daripada berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka supaya memahami maksud ayat-ayat Al Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan."

3) Kefahaman yang betul perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap.

Hal ini Allah nyatakan dalam Surah Al Baqarah ayat 21 yang bermaksud: " Mereka yang Kami berikan kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengamnnya.  Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi."

Sahabat Rasullullah saw, Abdullah ibnu Mas'ud mentafsirkan kenyataan ini dengan berkata, "Demi Allah, maksud membaca kitab dengan bacaan yang sebenarnya adalah menghalalkan yang dihalalkannya, mengharamkan yang diharamkannya, membaca seperti yang diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatNya secara secara yang tidak betul." Hal ini dilaporkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Syeikh Said Hawa.

Apabila Al Quran difahami dan dihayati, iman umat Islam akan meningkat sekali gus membawa mereka kepada kecermelangan.  Inilah yang dijanjikan Allah dalam Surah Al-Israk ayat 9 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Al Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar."

Aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat, Imam Qartubi menjelaskan dalam Al-Jamik lil Ahkamil Quran.

* petikan dari Quran Saintifik Dr Danial Zainal Abidin *

Wednesday, August 26, 2015

Iman Nyawa Amalan

Setiap insan wajib beramal dengan syariat Islam secara sempurna berasakan Al Quran dan Sunnah bagi mencapai kejayaan.  Amalan akan mati tanpa iman.
Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan menjadi nyawa serta nadi yang menentukan amalan diterima atau ditolak oleh Allah.....

Iman merupakan nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia. Iman perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya kesesatan tidak menyelubunginya.

Antara baja yang perlu diberikan kepadanya (seperti yang disarankan di dalam Al Quran) adalah baja ilmu...


* Petikan dari Quran Saintifik - Dr Danial Zainal Abidin *

Tuesday, August 25, 2015

Definisi Syariat Islam

Syariat Islam merupakan kaedah dan peraturan yang lengkap yang menjadi panduan segala perlakuan manusia yang berkaitan dengan aspek duniawi serta ukhrawi.

Selaras dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w, iaitu: "

Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, apabila kamu berpegang teguh dengannnya kamu tidak akan sesat selama-lamanya (iaitu) Kitab Allah dan sunnahku."

Sehubungan dengan itu, Allah berfirman dalam ayat 18 Surah Al Jathiyah yang bermaksud,

" Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) daripada urusan agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikut hawa nafsu orang -orang yang tidak mengetahui."

Apabila syariat itu dipatuhi, umat Islam akan mencapai hasanah di dunia dan akhirat. Namun andai berpaling dari syariat itu, mereka akan ditimpa kecelekaan. 

Allah menyatakan perkara ini di dalam Surah Taha, ayat 123 - 124 yang bermaksud,

"Apabila datang kepadamu petunjuk daripada-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.  Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunnya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta."

* Petikan dari Quran Saintifik - Dr Danial Zainal Abidin *

Sunday, August 23, 2015

Definisi Syumuliyah

Islam adalah agama yang lengkap lagi komprehensif, konsep ini dikenali sebagai syumuliyah.
Al Maidah ayat 3, "Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu buat kamu, dan Aku sempurnakan nikmatku ke atas kamu, serta Aku redhai Islam menjadi agamamu."
Umat Islam hanya memerlukan agama Islam dan bukan agama lain dan tidak memerlukan Nabi lain selain Nabi Muhammad saw.
Dengan Islam dapat melengkapkan hidup manusia kerana ia merangkumi semua bidang kehidupan.
Islam perlu dimasukkan keseluruhannya ke dalam hidup orang Islam Dan tidak boleh digantikan atau dicampur adukkan dengan fahaman atau budaya serta agama lain.

* Petikan dari Quran Saintifik - Dr Danial Zainal Abidin *

Mahmudah vs Mazmumah

Mahmudah bermaksud baik

Mazmumah bermaksud keji